Thursday, November 19, 2009

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PERNIAGAAN




Tarikh Kursus :24-25 Oktober

Di dalam melahirkan usahawan yang berjaya dalam dunia yang kian kompetetif ini, ilmu mengenai kemahiran dalam perniagaan amat diperlukan. Justeru itu, bertempat di SuriaCity Hotel, Johor Bahru telah berlangsung satu lagi program peningkatan kemahiran anjuran Global Perfection Sdn. Bhd. dengan kerjasama SME Corp. Program ini telah berjaya mengumpulkan lebih 20 pengusaha-pengusaha yang bertaraf enterprise dan beroperasi di bawah zon Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)

Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Mubarak Ali Bin Mohamad Ismail yang merupakan Pengurus Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT). Selain menggalas tugas sebagai seorang pengurus, beliau turut memiliki syarikat menjual emas yang diusahakan bersama isterinya.

Penceramah telah menekankan empat aspek utama iaitu konsep perundingan, komunikasi, membuat keputusan dan kejurujualan. Selain cirri-ciri tersebut, beliau juga menyentuh mengenai gaya kepimpinan yang berkesan sebagai bekalan kepada semua usahawan yang hadir melalui kaedah role-play, sesi perbincangan berkumpulan dan perkongsian pengalaman. Program yang berakhir pada jam 5.00 petang ini bukan sahaja telah meningkatkan pengetahuan bahkan telah berjaya mewujudkan rangkaian dikalangan peserta program.

No comments:

Related Posts with Thumbnails