Tarikh Kursus :10-11 Oktober
Kursus ini merupakan program pertama yang dianjurkan selepas umat Islam menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Program ini mendapat kerjasama dengan SME Corp dibawah Pembangunan Modal Insan khusus untuk EKS dibawah Wilayah Pembangunan Iskandar.
Kursus Pengurusan Kewangan telah berlangsung selama dua hari di Suria City Hotel, Johor Bahru. Ceramah telah disampaikan oleh En. Ashaari Bin Kinon selaku Pengurus Koperasi An-Nur yang beroperasi di Simpang Renggam, Kluang Johor. Beliau yang berpengalaman luas dalam mentadbir kewangan syarikat banyak berkongsi idea dan pengalaman bagaimana untuk merancang kewangan dengan lebih berkesan.
Sesi yang berlangsung selama dua hari ini, telah memberi impak positif kepada para peserta yang hadir. Di akhir program, kebanyakkan peserta kursus menyatakan rasa syukur terhadap input-input yang diterima serta menyuarakan hasrat mereka untuk menghadiri kursus-kursus di bawah kelolaan Global Perfection Sdn Bhd pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment